Social Icons

Harga Murah Selalu

 photo hargamurahselalu-ok_zps6c82ca1c.jpg

PROMOSI....PROMOSI...!!!

PROMOSI....PROMOSI...!!!

Thursday, May 23, 2013

Pilihan Bentuk Kad kahwin



Banner / Bunting yang berkesan

Design pada banner atau bunting yang menarik boleh menarik sedikit masa pembaca  untuk membaca apa yang tertera pada banner atau bunting tersebut. Jadi, design yang berinovasi tajam dan tepat sahaja mampu menterjemahkan keberkesanan sesuatu iklan banner/bunting tersebut.


Pilihan kawasan yang ingin digantung juga adalah amat penting. Ia perlu digantung di banyak kawasan. Minimum jumlah iklan yang berkesan adalah 4 tempat/penjuru pada satu-satu kawasan yang padat. Selain itu, penggantungan kawsan yang betul dan pada masa yang tepat juga memainkan peranan. Tentukan kawasan 'target market' anda dan masa yan paling sesuai untuk anda mempromosikan produk anda.


InsyaAllah..Allah akan buka pintu rezeki untuk sesiapa yang mahu berusaha..

Tuesday, May 21, 2013

3 Manusia yang Allah tidak lihat pada Hari Kiamat

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Rasulullah Saw pernah bersabda, "ada tiga jenis manusia yang sama sekali tidak akan dilihat Allah pada hari kiamat, tidak akan disucikan dosanya dan akan menerima azab yang pedih. mereka adalah :
  1. seorang lelaki yang memiliki kelebihan air di suatu jalan lalu menyembunyikannya dari ibn al sabil (para musafir atau peziarah di Jalan Allah)
  2. seorang lelaki yang memberikan baiat (ikrar kesetiaan) kepada seorang penguasa dengan tujuan semata-mata memperoleh keuntungan duniawi. apabila penguasa itu memberinya sesuatu, ia gembira, dan jika ia tidak memberinya apa-apa, ia benci.
  3. dan seseorang yang memamerkan barang-barangnya untuk dijual selepas asar (dan mengangkat sumpah palsu) dengan berkata, "demi Allah ! kecuali Dia, tidak ada yang patut disembah. barang-barangku telah ditawar sekian dan sekian". sehingga orang mempercayai bualannya (dan membeli barang-barang yang ditawarkannya).
kemudian Nabi Muhammad Saw membacakan ayat suci Al Quran : Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit... (QS Ali Imran [3] : 77)

Jom Istiqamah


Sunday, May 19, 2013

Perniagaan Menurut Pandangan Islam

Berniaga bukan semata-mata dengan tujuan mencari untung, kerana di dalam perniagaan tidak sentiasa mendapat untung. Di dalam perniagaan sering sering sahaja mendapat kerugian.

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah hendak memperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam perniagaan, hendaklah sentiasa mencari keredhaan Allah Taala dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

Firman Allah SWT :
Maksudnya :
Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah dan mendirikan sembahyang serta menunaikan zakat;mereka takut akan hari yang bergoncang segala hati dan pemandangan di waktu itu. (An Nur: 37)

Pengisian daripada http://akuislam.com.

Friday, May 17, 2013

Kenapa Perlu Ada Kad Bisnes?

  1. Salah satu cara promosikan produk jualan anda.
  2. Memudahkan orang yang ingin berurusan dengan anda menghubungi anda semula.
  3. Maklumat mengenai perniagaan anda akan lebih mudah untuk disebarkan.
  4. Salah satu alternatif untuk tingkatkan ‘branding’ barangan anda.
  5. Menambah kenalan dan secara tidak langsung network anda akan lebih luas (terutama yang mempunyai blog)



 

CONTACT US

Please contact us at:
anaprintingsales@gmail.com
or
call/sms us at : 011-23332557

We will entertain you shortly.